Ads 468x60px

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG KAMI

Featured Posts

Thursday 9 February 2012

GOTONG ROYONG

Sebagai apersediaan bagi pertandingan kebersihan kampung JKK, satu gotong roYong tambahan akan diadakan pada esok dan lusa. Fokus gotong esok adalah tanaman bunga dalam pasu dan penduduk kampung akan melaksanakan tuagasan kebersihan di rumah masing masing.

Jom kita anak telaga, pastikan memberi akerjasama sepenuhnya demi untuk memastikan kemenangan milik kita kali ini.

Wednesday 8 February 2012

TAHNIAH DAN SYABAS

Komitmen yang baik, kerja kuat dan bersama dalam segala hal menjadi kunci kepada kejayaan JKK Kampung menggondol beberapa kejayaan sepanjang 2011. Hadiah kejayaan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu pada malam Ambang Tahun Baru 2012. Mengikut pengerusi JKK En Dzakaria, beliau memaklumkan JKK Kampung ini telah berjaya dalam dua pertandingan Kebersihan di peringkat Daerah dan Negeri. Ini kata beliau lagi merupakan permulaan bagi satu kejayaan yang lebih besar untuk masa uan akan datang. Bagi semua ahli JKK yang ditemui bersepakat menyatakan bahawa kejayaan ini hasil kesatuan hati di kalangan JKK dan yang peling penting semangat inginkan kejayaan. Tahniah dan Syabas buat semua.

Tahniah dan Syabas

Alhamdulillah sekali lagi atas keberkesanan kerja buat dan komitmen terhadap tugasan masing-masing maka barisan JKKK sedia ada telah dikekalkan jawatan masing-masing bagi tahun 2012. Semoga perlantikan kali ini akan memberi lebih semangat untuk bekerja lebih kuat. Perlantikan ini memperlihatkan Tuan Haji Dzakaria b Salleh masih diberi kepercayaan untuk menerajui JKKK kampung kite. Tahniah.